.:: HaditsWeb7.0 ::.


 

Bab 218. Dermawan Dan Melakukan Kebaikan Serta Memperbanyak Kebagusan Dalam Bulan Ramadhan Dan Menambahkan Amalan Itu Dari Yang Sudah-sudah Apabila Tiba Sepuluh Hari Terakhir Dari Ramadhan Itu

 

 

1219. Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. itu adalah sedermawan-dermawannya para manusia dan lebih-lebih lagi kedermawaannya itu ialah dalam bulan Ramadhan ketika ditemui oleh Jibril. Jibril itu menemui beliau s.a.w. pada setiap malam bulan Ramadhan lalu membacakan al-Quran padanya. Maka sesungguhnya Rasulullah s.a.w. itu, ketika ditemui oleh Jibril, adalah lebih dermawan dalam memberikan kebaikan daripada angin yang dilepaskan tiupannya." (Muttafaq 'alaih)

 

1220. Dari Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. apabila telah masuk sepuluh hari -yang terakhir dari Ramadhan- maka beliau s.a.w. menghidupkan malamnya -dengan memperbanyakkan amalan ibadahnya-, juga membangunkan istrinya -agar ikut memperbanyak amalannya- serta mengeraskan ikat pinggangnya -yakni sebagai kata kinayah bahwa beliau s.a.w. menjauhi untuk berkumpul dengan istrinya-." (Muttafaq 'alaih)


Sumber:


Home | TrendMuslim.com