.:: HaditsWeb7.0 ::.


 

Bab 177. Apa Yang Diucapkan Apabila seorang Musafir Itu Telah Kembali Dan Telah Melihat Negerinya

 

 

Dalam bab ini termasuklah hadits Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma yang terdahulu mengenai bab takbirnya seorang musafir jikalau menaiki gunung-gunung atau tempat-tempat yang tinggi.

 

984. Dari Anas r.a., katanya: "Kita datang -dari perjalanan- bersama Nabi s.a.w., sehingga di waktu kita sudah berada di luar kota Madinah, lalu beliau s.a.w. mengucapkan -yang artinya-: "Kita semua telah kembali, kita semua bertaubat -kepada Allah-, menyembah serta mengucapkan puji-pujian kepada Tuhan kita." Beliau s.a.w. tidak henti-hentinya mengucapkan sedemikian itu, sehingga kita datang di Madinah."(Riwayat Muslim)


Sumber:


Home | TrendMuslim.com